Disclaimer♠
Tagboard♠ Dont be a faker pls. No harsh words here okay? Calendar♠ Followers♠
| Tips : Cara untuk mengelakkan jerawat .
Assalamualaikum semuaa readers :*
7 July 2012
Hey guys . Sihat? Esok dah sekolah kan , jadi Lia nak update for the last time sbb nanti bila sekolah mesti tak ada masa yang cukup untuk membersihkan blog yang berdebu ni. Tiup sikit . Phuhhhhhhhhhhhh :o Okay *hacumm hacuum* Banyak sungguh habuk kat blog ni :b Sebelum Lia berleter lagi panjang , harini ni Lia nak kasih satu Tips untuk menyumbatkan dalam stuffs blog Lia ni haa. Enjoy!
Okay , seperti yang sedia tahu , takde sape yang suka jerawat kan? Sebenarnya , jerawat ni WAJIB tumbuh dalam kehidupan manusia. Setiap orang akan merasai kesakitan jerawat. Cuma bezanya, ada yang BANYAK , ada yang SIKIT . Ada yang tak ada kat muka , tapi ada kat lain.
Jerawat ialah bakteria. Bakteria akan wujud di tempat yang kotor lah kan? Jadi, kalau korang taknak muka korang jadi tempat semaian jerawat jerawat yang comel ni sentiasalah :
1. MEMBASUH MUKA .
Yang ni Lia selalu buat. Tapi AWAS ! Jangan basuh muka 'terlalu banyak kali' sbb nanti jadi kulit kita jadi apa ntah, lia lupa. Kalau kat rumah , bila rasa muka dah makin kering atau berminyak , cepat cepatlah basuh muka dgn air mutlak okay? Kalau nak lebih elok , basuh dengan air beras basuhan ketiga. Untuk hasil yang lebih kedababooom, basuh muka dengan pencuci muka. Dalam 2 kali sehari :) Bangun pagi dan masa nak tidur. Tapi pastikan produk tu sesuai dengan muka anda. Kalau tak sesuai,cepat-cepat tukar tau.Tapi kalau Lia , Lia syorkan pakai Safi . Sebab lia pakai safi. :p
2.GUNA KERTAS MINYAK
Ada jugak kulit remaja zaman sekarang ni yg kuat berminyak ! Kuat berminyak tu yang senang mendorong kepada penumbuhan jerawat tahu! Jadi sumbanglah at least RM10 je untuk menyelamatkan kulit anda :)
3.JAGA PERMAKANAN
Hah ! Yang ni kena fokus sikit :b Sebab saya pun kuat makan jugak . Kui kui kantoi.Tahu tak makanan apa yang menyebabkan jerawat? ha kalau tak tahu, baca dkt bawah ni :)
✖Kacang tanah.
✖Coklat yang berperisa CHOCOLATE.
✖ Makanan yang berminyak dan tinggi kalorinya
✖ Makanan yang pedas
4.ELAKKAN DARI TEKANAN
Kalau korang tertekang sekalipun, janganlah fikir sangat :) bahaya. boleh mendatangkan pelbagai penyakit. bukan setakat jerawat, tekanan darah tinggi pun boleh dpt kalau terlampau byk memikirkan sesuatu.
5. ELAKKAN DARI MEMICIT JERAWAT
Hah . Yang ni ramai orang buat , kalau dah ada jerawat tu , tak payah lah picit ye. Lia tahu amat geram bila tengok tapak pesemaian jerawat atas muka kita kan? Sebabtu lah , kena elakkan . Mengelak lebih elok dari merawat kan? A'ah. Pandai :D Kenapa? Pertama , ia akan menyebabkan jerawat kita makin BENGKAK dan makin TERUK ! Ishh. Lebih menyedihkan , jerawat kita mungkin boleh berjangkit ke tempat lain dia muka kita. Sedih kan? haha.
Okay sampai di sini sahajalah tips kali ni.
Terima kasih sudi baca. x |